Rabu, 10 Disember 2008

tak paham,..

yoga dah diharamkan,..tapi ramailah yg pertikaikan fatwa pengharaman tu. yg sedih tu org islam sendiri mempertikaikan pengharaman tersebut. bagi kwn senang aje,.kalau setakat senaman aje apa pulak masalahnya, tapi kalau perbuatan tu ada unsur2 amalan anutan agama lain atau ada mentera2 yg dibaca semasa senaman tersebut, tu jelaslah tak boleh. tapi untuk org islam apa pulak masalahnya, sembayang 5 waktu termasuk sembayang sunat tu kalau buat dgn betul tu kira senaman la tu, buat yg tu dah cukup.sedih betul bila org islam berkelahi sesama islam pasal benda2 macam ni. kita sebagai org awam ni kena hormat org2 alim yg mengeluarkan fatwa. mereka tentu dah teliti dulu sebelum mengeluarkan fatwa. tapi majlis fatwapun eloknya jelaskan secara menyeluruh dan terperinci sebab musabab ianya diharamkan kepada umum. siap dgn hadis dan dalilnya sekali biar org islam kat malaysia ni betul2 paham. kalau dah ada hadis dan dalil, nak melawan gak lagi, tu kena suruh meraka ni mengucap. belajar fardu ain balik semula. kerajaan pun banyakkan lah majlis2 keagamaan kat tv. ni memanjang hiburan je, budak kecikpun dah diajar menyayi berjoget. kalu ada program yg berunsur agamapun jarang2 takpun waktu siarannya tengah2 malam, sapa nak tengok. kena kreatifla sikit nak bagi orang suka menonton siaran2 macam ni,..memanglah bukan mudah nak menyeru org kepada kebaikan. tapi hang kena pikiqlah macamana nak buat.sebab nampak macam umat islam hari ni terutama yg muda2 ni asas agama kurang sangat, pas tu hiburan menimbun tu yg mudah terikut2 tu.lagi satu kalau ada sambutan pada hari2 tertentu kat malaysia ni, mesti ada majlis hiburan, buat konset.apa salah tukar sikit program tu.buat majlis kat masjid tumbang lembu 5,6 ekor, kambing ke, buat makan2 sambil buat tahlil doa selamat. ni harap org islam kena sedar sendiri dan belajar sendiri bab2 agama ni,..mana boleh cam tu...bila halal haram tak berapa nak paham, tu yg main langgor je tu. kena banyakkan program keagamaan disamping cari idea macamana nak menarik org supaya tertarik dgn program tersebut. kalau dibiorkan takut hanyut anak cucu kita esok,..

Tiada ulasan: